|
|
||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
KUCING Kucing binatang peliharaan yang jinak, manja dan come. Penjagaannya juga mudah. Sesetengah orang tidak suka kucing kerana geli. Tapi bagi i sangat suka pada kucing. i suka belai kucing. Bosan-bosan balik kerja boleh gak main-main dengan kucing di taman. Pengalaman pertama membela kucing, i bela pada bulan 6,2007 , Itupun dapat percuma daripada Cikgu Rahim, Masa tu i tak de anak lagi, jadi i ambil kucing ni buat teman bini i. I namakan kucing itu come. kerana come betul ekor dia panjang dan tegak. Tapi apakan daya umurnya tak panjang dia pergi buat selama-lamanya pada 23 November 2008, Jatuh longkang yang dalam.Jiran aku pi tanam dia. Selepas Hari Raya Aidiladha 2008, 16 Disember 2008, i pergi tolong mak i runtuhkan pelamin pengantin di Parit Hj Napis, Bagan Serai. Masa tengah nak runtuh pelamin terjumpa dua ekor anak kucing yang come, satu hitam satu putih, agak i baru berumur seminggu, so i rasa berkenan sangat ngan kucing ni. I ambil keputusan untuk membela kucing ini. Harap-harap mak kucing tu tak marah......i akan bela anaknya sebaik mungkin.. I namakan anak kucing ni Tam dan Tih sebabnya satu hitam satu putih. Nanti bila dia orang besar boleh main dengan anak i Faiz.
TAM
TIH
I letakkan kedua-dua anak kucing ni dalam kotak komputer......Hari pertama berada di rumah i, dia orang masih kenyang lagi....masuk hari kedua mereka lapar, ini buat i pening sebab tidak tahu hendak bagi makan apa kerana kucing ni masih kecil lagi, menyusu maknya...i beli susu cair bagi dia orang makan mengunakan picagari beli di farmasi RM1.00.
Picagari (Syringe) Susah betul nak bagi makan kucing guna picagari ni....I pun pergi cari pula botol kat kedai bayi, cari botol yang kecil dan puting yang kecil...
Botol susu Nasib i baik botol kecil tu ada kat kedai bayi tu....I beli dengan harga RM7.90. Maka i pun menyusu le anak kucing ni dengan botol ni...nyot-nyot kucing tu hisap..... Catatan: Tih dah jadi arwah pada 21hb Disember 2008..kecian akibat sejuk kot atau sakit perut...
|
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
Seterusnya | ||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 20/01/2010 10:08:55 PM | ||||