|
|
||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
HIASAN PENTAS MAJLIS ANUGERAH
Hiasan pentas untuk Majlis Anugerah 2008 yang dirasmikan oleh bekas Tuan Pengetua SMK Syeikh Abdul Ghani, yang ketika itu menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang yang berkhidmat selama beberapa hari sahaja...menjadi sejarah dan rekod dalam PPD . Pegawai yang berkhidmat paling singkat kerana beliau bersara selepas itu. Majlis Anugerah 2008 kali ini i kena buat bahagian depan pentas. Selalunya permintaan dari Pengetua menyediakan kolam. Dalam budget RM50.00 i pun buatle hiasan. Berpeluh gak nak memikir camna nak buat. Sebab peruntukan ciput kalau banyak senangle cerita. Jadi i guna ape saja yang ada sekitar sekolah.
Inilah antara hiasan yang di buat.....
Hiasan ini i buat lebih berbentuk skematik. Susunan cara teratur dan berbaris. I meletakkan kolam di tepi , gantungan pokok di tengah, di apit oleh gong dan set bangku antik di penjuru pentas.
I menyusun pokok secara berbaris, dan menabur batu putih besar untuk menaikkan seri serta menutup permukaan simen yang kosong. Daun-daun plastik hijau diletakkan memanjang sepanjang barisan pokok untuk menutup pasu plastik pokok.
Ini i letakkan dua buah pasu pokok palma hijau untuk mengimbangkan dan i gantung pokok yang ada bunga.
I lingkarkan dedaun plastik hijau supaya bingkai kayu tidak ternampak kekerasannya..tujuan i untuk melembutkan pandangan.
Kolam ini i letakkan pasu yang bercorak yang menjadi titik fokus hiasan ini, air yang berjatuhan mendamaikan suasana. I lingkarkan dedaun hijau untuk menambah seri pasu itu supaya nampak seperti hidup, tidak kaku.
Untuk menutup gong itu i kelilingkan dengan pagar plastik. Pagar plastik itu i spray belang hijau. Supaya gong ini nampak seimbang i letakkkan dua buah pasu.
Untuk Mengelakkan atas pentas nampak kekosongan, i letakkan satu kerusi antik, tikar rotan, telefon antik, i cuba mewujudkan suasana seperti dalam rumah desa. Inilah hasil dari rm 50 yang di peruntukan...kebanyakan barang i terpaksa meminjam dengan guru-guru seperti barangan antik dan i guna barang yang terdapat sekitar sekolah....
|
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
IKLAN PERCUMA Rahsia Taman mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin mengiklankan syarikatnya. Ruang khas akan disediakan secara percuma. **************** Individu atau agensi yang ingin menghantar sebarang maklumat tentang kursus /majlis /seminar / taklimat yang berkaitan dengan landskap atau pertanian di alu-alukan
Sila email : Rahsia Taman *Catatan* Haraf maaf : Iklan yang tidak berkaitan dengan landskap atau pertanian akan di tolak
Seterusnya | ||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 20/01/2010 10:08:58 PM | ||||