|
|
||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
HIASAN SIARKAKI LANGSUYAR
Siar Kaki adalah merupakan laluan pejalan kaki. Pelbagai jenis dan rupa bentuk siar kaki dihasilkan hasil kreativiti pereka landskap. Di sini i ingin menekankan tentang hiasan siar kaki di mana hiasan ini di letakkan di sepanjang tepi laluan pejalan kaki.... Baru-baru ini i ada berjalan di Taman Tasik Taiping, Jalan-jalan punya jalan....masa tu dah dekat pukul 7.00 malam suasana suram.....sunyi sepi pulak.....bulu roma i tegak pulak tu....tiba-tiba i terjumpa....... I terjumpa dan terpandang satu susunan pokok yang amat menarik, cantik dan tersusun. Jadi i ambil le gambarnya..... Tak sangka betul i Langsuyar di susun menjadi cantik sebegitu rupa.....inilah gambarnya
Pokok yang daunnya mencapah di kenali dengan nama Pokok Langsuyar, orang dulu tidak berani menanam pokok ini kerana mengaitkan pokok ini sebagai tempat tinggal hantu langsuyar. Sekarang pokok ini menjadi tanaman hiasan yang sangat menarik dan di tanam di merata-rata tempat....Pokok ini juga dikenali dengan nama Pokok Sarang Burung (Bird nest Fern).
Pokok langsuyar ini di susun sebaris,membentuk laluan kepada pejalan kaki.Pokok ini mudah disenggarakan..... lasak dan tidak memerlukan siraman setiap hari..... Pokok langsuyar boleh di dapati di atas pokok....kerana sifatnya menumpang....pokok ini juga cantik di letakkan di kawasan rumah dan tepi kolam....
|
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
IKLAN PERCUMA Rahsia Taman mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin mengiklankan syarikatnya. Ruang khas akan disediakan secara percuma. **************** Individu atau agensi yang ingin menghantar sebarang maklumat tentang kursus /majlis /seminar / taklimat yang berkaitan dengan landskap atau pertanian di alu-alukan
Sila email : Rahsia Taman *Catatan* Haraf maaf : Iklan yang tidak berkaitan dengan landskap atau pertanian akan di tolak
Seterusnya | ||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 20/01/2010 10:09:00 PM | ||||