|
|
||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
Kerjaya, kerjaya, kerjaya yang sering menjadi persoalan apakah kerjaya apabila kita belajar tentang landskap, Boleh dikatakan majoriti dalam mengatakan kerjaya landskap adalah tukang kebun. Itu sahaja yang diketahui ramai. Pada masa dahulu , kerjaya landskap merupakan bidang yang tidak diminati, susah untuk mendapat pekerjaan, malahan pada masa itu yang menjadi tukang kebun langsung tidak mempunyai ilmu tentang landskap. Sekarang kerjaya dalam landskap merupakan satu kerjaya yang mewah, yang mempunyai ramai pelajar yang mendalami ilmu landskap, usahawan-usahawan landskap yang berjaya, pakar-pakar landskap yang telah berjaya menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menghasilkan landskap-landskap yang begitu indah di negara kita. Dulu semasa di sekolah, teringat juga saya, orang panggil saya mat bunga , rupa-rupanya betullah saya jadi mat bunga. Asyik cakap pasal pokok bunga sahaja, sehinggakan sekarang saya dah jadi cikgu bunga, ha! ha! . Mengajar budak-budak menanam pokok bunga di sekolah.
Peluang kerjaya yang boleh diperolehi daripada mendalami ilmu landskap ialah seperti
Sekarang kerjaya landskap merupakan mempuyai prospek yang cerah boleh dikatakan disemua agensi swasta dan kerajaan memerlukan khidmat landskap. Pelbagai kerjaya yang berkaitan landskap telah di wujudkan.Dan kerajaan telah banyak menunjukkan kesungguhan untuk memartabatkan landskap ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti landskap dan tempat untuk menambah ilmu landskap.
"Di mana ada pokok di situ ada kerjaya landskap"
|
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
Seterusnya | ||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 20/01/2010 10:08:59 PM | ||||