|
|
||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
SUDUT MAIN
Sudut Main adalah merupakan ruang yang disediakan untuk anak-anak bermain. Sudut ini sangat penting dan perlu ada pada taman di rumah anda. Dengan adanya sudut main ini anak-anak anda tidak akan keluar ke padang permainan kerana anda telah menyediakan sudut mainan untuk anak anda. Baru-baru ini kita banyak terdengar pelbagai kejadian yang memilukan di mana anak-anak diculik atau dilarikan oleh orang yang tidak dikenali di padang permainan kawasan taman. Dengan ada sudut mainan di rumah anda maka anda dapat menyelamatkan anak anda dari bahaya sedemikian. Dalam pemilihan alatan permainan taman hendaklah anda memastikan alatan itu selamat digunakan dan tidak memudaratkan anak anda. I cadangkan permainan yang ideal di rumah seperti ini.
Kuda Spring Kuda spring ini sangat sesuai di letakkan di rumah anda, kerana budak-budak cukup sukanya. Bukan setakat bebudak....i juga juga suka menunggangnya...berspring seronok le..kalau tak caye cuba le...
Jongkang Jongket Jongkang jongket ini pun seronok untuk bermain, boleh memuatkan empat orang...kalau nak main tu biarle sama berat....kalau main jangan main dengan orang gemuk akibatnya terjongketle kamu sampai sudah...ha ha ha...
Buai-buai Buai-buai juga boleh diletakkan di taman anda sekiranya taman anda mempunyai ruang yang luas. Kalau ruang sempit tak boleh nak berbuai.....dan pastikan alatan ini mempunyai kekuatan pada tali buaian....kalau tidak jadi superman le....
Gelongsor Kalau anda mampu dan juga mempunyai kawasan taman yang luas, anda belikan permainan ini. I gerenti anak anda pasti menyukainya.....anak anda tak keluar jauh-jauh dah....dia main kat rumah je.....
|
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
IKLAN PERCUMA Rahsia Taman mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin mengiklankan syarikatnya. Ruang khas akan disediakan secara percuma. **************** Individu atau agensi yang ingin menghantar sebarang maklumat tentang kursus /majlis /seminar / taklimat yang berkaitan dengan landskap atau pertanian di alu-alukan
Sila email : Rahsia Taman *Catatan* Haraf maaf : Iklan yang tidak berkaitan dengan landskap atau pertanian akan di tolak
Seterusnya | ||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 19/02/2009 10:52:30 PM | ||||