|
|
||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
TUMBUHAN BERACUN IBRAHIM IJANG Sumber diperoleh dari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ibrahim.html Pendahuluan; Tumbuhan beracun adalah tumbuh-tumbuhan yang boleh menyebabkan kesakitan, mabuk atau kematian apabila kita memakan, meminum atau menyentuh bahagian-bahagian tertentu. Menurut Forsyth (1954), beliau mentakrifkan tumbuhan beracun sebagai tumbuhan yang menyebabkan kesihatan normal terganggu apabila bahagian-bahagian tertentu darinya digunakan oleh haiwan atau manusia yang dapat menerima kesannya (di petik dari North 1967). Contohnya getah rengas, Glata spp. (Anacardiaceae) menyebabkan bengkak dan melecur pada kulit orang yang mudah menerima kesannya. Kingsbury (1967) pernah merekodkan lebih kurang 700 spesies tumbuhan beracun yang menyebabkan kesakitan atau kematian kepada manusia atau haiwan dan masih banyak yang belum diketahui. Tumbuhan yang digolongkan ke dalam tumbuhan beracun adalah terdiri dari semua kumpulan tumbuhan termasuk rumpair, kulat, paku pakis, dan tumbuhan tinggi. Mengikut Burkill (1935) terdapat 192 spesies tumbuhan tinggi yang beracun di semenanjung Tanah Melayu, contohnya biji pokok akar batu pasir kambing Sarcolobus globorus (Asclepiadaceae) digunakan untuk meracun anjing liar, pokok tuba Derris elliptica (Leguminoseae) digunakan untuk menuba ikan dan miang dari rebung buluh Bambusa spinosa digunakan sebagai ramuan santau. Kajian-kajian yang dilakukan oleh para penyelidik cara penggunaan tumbuhan beracun yang sering diamalkan oleh masyarakat melayu dan orang asli, contoh orang asli menggunakan getah pokok ipoh Antiaris toxicaria (Urticaceae) dan akar ipoh Strychnos spp. (Loganiaceae) untuk membuat ramuan racun anak panah dan sumpitan. Analisa kimia dilakukan terhadap beberapa jenis bahan kimia seperti alkaloid, saponin, tanin dan sebatian polifenolik, flavonoid, antrakuinon dan glikosid sianogenik. Bahan ini bersama-sama bahan lain adalah bertanggungjawab terhadap kesan peracunan yang ditunjukkan oleh tumbuhan tersebut, contohnya pokok bunga jepun Thevetia peruviana (Apolynaceae) mengandungi sejenis glikosid sianogenik yang bertindak sebagai kardiak glukosid. Bahan ini bertindak pada otot jantung dan otot lain. Hasil Kajian Penyelidik Terdahulu Ulasan tentang tumbuhan beracun secara khusus belum lagi dilakukan di Semenanjung Malaysia.
Kesan-kesan keracunan juga boleh dikelaskan kepada;
Kecederaan yang disebabkan oleh duri miang, bulu yang tajam dan hablur oksalat di bahagian luar atau dalam tubuh. Condor (1951) membahagikan kesan racun kepada dua keadaan yang utama;
Bahagian-bahagian yang beracun pada tumbuhan;
Bahan kimia Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa beberapa bahan kimia yang bertanggungjawab terhadap kesan keracunan yang ditunjukkan oleh tumbuh-tumbuhan yang beracun. Bahan kimia tersebut boleh jadi di sintesis oleh tumbuhan itu atau di serap dari tanah. Di bawah ini disenaraikan beberapa sebatian kimia yang dikatakan menyebabkan kesan peracunan kepada manusia dan haiwan.
Huraian
Contoh kuprum, plambam, cadmium, florin, mangganam, nitrogen, selenium, molidenum dan nitrat. Nitrat (NO2) yang terkumpul di dalam tumbuhan akan bertukar kepada nitrit (NO3) oleh bakteria atau enzim. Ini berlaku pada tumbuhan yang hidup pada tanah yang kaya dengan nitrat. Apabila tumbuhan yang mengandungi banyak nitrat di rebus ia akan tertinggal di dalam air rebusan dan jika air ini di minum boleh menyebabkan kematian. Simptom keracunan nitrit ialah sakit dalam abdomen, ceret-beret, lemah otot dan menggeletar (North 1967). Aspek Peracunan Di dalam Tumbuhan.
Jus batang dan petiol sangat gatal dan menusuk. Ubi tidak boleh di makan kerana gatal. Jus buahnya juga menyebabkan gatal. Jika di ambil melalui makanan atau minuman menyebabkan mulut dan kerongkong menjadi gatal dan bengkak. Jus dari ubi digunakan sebagai ramuan untuk membuatracun. Jusnya mengandungi hablur yang kecil dan tajam (burkill 1935). Beberapa spesies lain dari famili ini seperti birah (Colocasia maerorrhiza) mengandungi jus yang menusuk dan sangat gatal. Jus keladi di campur dengan miang rebung, di sapu pada badan menyebabkan gatal yang kuat (Gimlette 1915).
Bahagian utama yang memabukkan dari tumbuhan ini adalah bijinya, tetapi keseluruhan pokok ini adalah mabuk jika digunakan secara dalaman seperti memakannya. Asap dari pembakaran pokok atau bijinya juga boleh memabukkan jika di hidu. Cara ini selalu digunakan oleh pencuri untuk memukau. Orang yang mabuk kecubung adalah berkeadaan seperti orang yang berkhayal, bercakap tidak menentu, mulut dan kerongkong kering, muka merah, anak mata mengecil dan pandangan menjadi kabur. Jika dos yang lebih digunakan boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedar diri dan maut. Cara penggunaannya ialah dengan menumbuk bijinya dan dimasukkan ke dalam makanan atau diminuman air rebusan pokoknya. Di Batu Pahat dan beberapa tempat, pernah dilapurkan orang kampung menangkap pengganas komunis dengan memasukkan biji kecubung ke dalam makanan yang dimintanya. Seorang bomoh dari pendang Kedah memberitahu yang air rebusan daun tumbuhan ini boleh diminum untuk mengubat penyakit lelah atau ashma tetapi jangan minum terlalu banyak. Kes mabuk kecubung sering dilapurkan dikalangan kanak-kanak kerana mereka selalu bermain dengan bunga tumbuhan ini yang menarik. Kesan mabuk yang ditunjukkan di sini adalah disebabkan oleh tiga jenis alkaloid iaitu hiosin, hiosiamin dan atropin (North 1967). Dalam biji Datura alba Nees di temui alkaloid terbanyak adalah hiosin dan dapat di kesan sedikit hiosiamin. Sementara dalam biji dan akar Datura fastuosa pula ditemui mengandungi hiosin tetapi sangat sedikit hiosiamin serta atropin yang boleh menyebabkan narkosis iaitu demam sejuk, hilang keseimbangan, khayal dan tidak sedar (North 1967). Hiosin dan hiosiamin menyebebkan midriasis iaitu pengecilan anak mata dan siklopegia iaitu lumpuh pada otot. Hiosin memberi kesan pada sistem saraf pusat (Avery et.al 1959). Kesimpulan; Tumbuhan beracun dikatakan banyak membawa mudarat kepada manusia dan haiwan tetapi tidak semuanya berkeadaan demikian, ada yang boleh mendatang kebaikan kepada manusia jika digunakan dengan cara yang betul. Contohnya Derris elliptica Benth (tuba jenum) boleh digunakan sebagai racun serangga dan boleh digunakan pada tumbuh-tumbuhan kerana ia mengandungi bahan yang dipanggil ‘derrid’. Tumbuhan beracun adalah penting kepada manusia kerana ia boleh membantu manusia di dalam banyak perkara jika digunakan mengikut kaedah yang tertentu bagi tujuan tertentu. Rujukan
|
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
GAMBAR TUMBUHAN LANDSKAP Ajuga, Alocasia, Begonia1, Begonia2, Bunga Begonia, Bunga Raya, Dahlia, Daisy, Fern, Gardinia, Gold Crest, Halau Nyamuk, Hebe, Hydrangea, Impatiens, Jade, Kalanchoe, Kekwa, Nemathanthus, Osaka, Peperomia Merah, Rhoo, Salvia, Tunza, Zibra **Gambar sumbangan Cikgu HasbdullahYahya
Seterusnya | ||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 20/01/2010 10:08:55 PM | ||||