|
|
||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
Tumbuhan merupakan elemen yang
sangat penting dalam pembinaan sebuah taman atau landskap di
sesebuah kawasan. Tanpa tumbuhan maka sesebuah taman itu menjadi
kurang berseri dan kaku. Justeru itu kita perlu mengetahui
jenis-jenis tumbuhan yang sesuai digunakan untuk taman kita. Sebelum
kita menanam tumbuhan di taman kita , Kita perlulah mengetahui
jenis-jenis tumbuhan yang hendak kita tanam.
Tumbuhan landskap dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut
JENIS TUMBUHAN
RENEK Tinggi : Kurang dari 5 meter Batang berkayu, Berdahan dan mempunyai ranting Contoh : Pokok bunga kertas, Pokok Bunga Raya, Pokok Ekor Kucing NAUNGAN Tinggi : Lebih dari 5 meter Berbatang tunggal kegunaan teduhan dan penahan angin Contoh : Semarak api, Bunga tanjung dan Tembusu PALMA Batang tunggal tidak bercabang diakhiri dengan sejambak daun Contoh : Rafis, Pinang Raja, Pinang Manila, Pinang Kuning PENUTUP BUMI Tinggi : Kurang 30 cm kebanyakan menjalar dan melata di permukaan tanah Contoh : ros jepun, alternathera, dan hemigraphis RUMPUT TURF Rumput yang di tanam di padang permainan, golf, pinggiran jalan dan di laman rumah Contoh : Axonopus, Bermuda, Zoysia, Serangoon dan St Augustine HIASAN DALAMAN Tumbuhan yang memerlukan teduhan dan lindungan dari pancaran cahaya matahari yang terik. Contoh: Anthurium sp. Caladium sp. Dieffenbachia sp. Begonia sp. SEMUSIM Tumbuhan yang hidup dalam jangkamasa yang singkat. mati selepas berbunga. Selalu digunakan untuk hiasan pentas. Contoh : Celosia sp, Tagetes sp. Marigold sp. ORKID Tumbuhan yang mempunyai akar udara. Contoh : Cattleya, Doritis, Oncidium, Arachnis, Vanda, Vandopsis dan Aerides MEMANJAT DAN MENJALAR Tumbuhan yang memanjat, melilit dan menjalar menggunakan tendril, pencangkuk atau akar yang mengeluarkan pelekat. Contoh : Nyonya makan sirih, Kembang pagi, ros jepun, bunga kertas dan petrea KAKTUS Hidup dikawasan kering dan panas. Contoh : Espotoa lanata, Cereus peruvanius dan Opuntia microdays. LENDAIR Tumbuhan yang tidak mempunyai tisu berkayu, sangat sensitif pada cahaya matahari yang kuat. Contoh : ati-ati, resam batu dan pilea AKUATIK Tumbuhan yang boleh hidup di dalam air. Contoh : Teratai, Kiambang dan Keladi bunting, BONSAI Tumbuhan yang dibantutkan Contoh: Pokok kesinai, juniper china dan santalia
POKOK BUNGA ORKID BUNGA RAYA BUNGA KERTAS BUNGA BUTANG JANDA KAYA POKOK DOA
|
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
GAMBAR TUMBUHAN LANDSKAP Ajuga, Alocasia, Begonia1, Begonia2, Bunga Begonia, Bunga Raya, Dahlia, Daisy, Fern, Gardinia, Gold Crest, Halau Nyamuk, Hebe, Hydrangea, Impatiens, Jade, Kalanchoe, Kekwa, Nemathanthus, Osaka, Peperomia Merah, Rhoo, Salvia, Tunza, Zibra **Gambar sumbangan Cikgu HasbdullahYahya
Seterusnya | ||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 11/11/2010 02:43:35 AM | ||||