|
|
||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
TAMAN EDIBLE
Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008), isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah telah mengilhamkan satu konsep taman di mana taman boleh dimakan, iaitu dikenali dengan nama 'Edible Garden'. Taman ini merupakan taman yang patut ada di setiap rumah, dengan adanya taman ini di rumah maka dapatlah mengurangkan sedikit perbelanjaan dalam membeli sayur-sayuran. Selama ini semua sayuran kita beli di pasar, malahan dalam kuantiti yang sedikit , sayur kita kena beli contohnya seperti membeli serai 1 batang , daun limau 3 helai, daun kunyit sehelai, limau kasturi sebiji, tomato sebiji, cili 5 biji, daun sup 2 batang, daun bawang 1 batang, daun kari 4 helai dan sebagainya Kadang-kadang malu juga hendak beli barangan di atas dalam kuantiti yang sedikit dan ada setengah peniaga tidak mahu menjual dalam kuantiti yang sedikit. Jadi apa salahnya kita mengambil sedikit inisiatif atau usaha menanam sayur-sayuran di taman kita. Antara sayur-sayur yang boleh di tanam di taman kita adalah seperti
Diingatkan Janganlah menanam sayur yang terlampau tinggi dan besar seperti pokok petai. Ini akan menyusahkan kita untuk menyelenggaranya, dan akan menyebabkan ruang tanah kita terhad. Tidak boleh menanam sayur-sayur yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai kawasan tanah di rumah anda, jangan risau tanamlah pokok itu di dalam polibeg atau pasu. Sekiranya kawasan sempit. Bolehlah buat rak bertingkat dan gantunglah pasu. Luangkanlah sedikit masa anda untuk membuat Taman Edible, anda akan mendapat mengurangkan perbelanjaan anda, dan dapat makan sayur-sayur yang bebas dari racun.
|
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
Seterusnya | ||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 05/12/2008 10:01:23 PM | ||||