- Lurus
- Berlengkok
Siar kaki boleh dibina mengunakan bahan-bahan di bawah
1. Rumput (grass)
Biasa rumput ini di tanam di laluan pejalan kaki , untuk membatasi nya selalu di tanam pokok pagaran atau mengunakan pagar atau tembok.
2. Pasir (sand)
Pasir juga selalu digunakan untuk membina laluan siar kaki, pasir ini ditabur di laluan dan dibenteng dengan barisan bata kiri dan kanan laluan, benteng ini perlu supaya pasir tidak bertaburan di tempat lain.
3.Batu-batu halus (gravel)
Batu-batu halus pelbagai warna amat menarik di letakkan di laluan pejalan kaki. Ini menjadi kegemaran kerana mudah untuk membina siar kaki.
4. Batu kecil (pebble)
Berbentuk seperti telur, selalu diguna pada bandar bersejarah Eropah.
5. Batu bata (brick)
Susunan batu-bata sangat popular di Malaysia, kerana ia mudah dibina, dan mempunyai corak-corak yang cantik dan tahan lasak.Penggunaan batu bata ini sangat popular di Belanda.
6. Kayu (timber)
Kayu yang tahan lasak dan keras menjadi pilihan untuk siar kaki. Kayu yang sesuai seperti Kempas, Keruing, Balau, Balau Merah.
7. Granit (granite)
Batu granit juga digunakan kerana ia tahan lasak
8. Konkrit (concrete)
Susunan konkrit yang mempunyai pelbagai bentuk dan menanam rumput di celah-celahnya.
9. Seramik (ceramic tiles),sandstone terrazzo, slate, limestine
Bahan ini juga boleh dibuat siar kaki.
10. Simen Ferro
Laluan siar kaki boleh juga dibina mengunakan simen ferro , ukiran seperti kayu dipotong , rekahan batu.
11. Simen dan tar
Ada juga menyimen atau mentar terus laluan pejalan kaki.
12. Batu Sungai
Batu sungai juga boleh digunakan, batu sungai yang leper untuk memudah pejalan kaki memijaknya.










