topiari2
PediCure
Free Web Page Counters
PediCure

RAHSIATAMAN
                                                                                                                                                                                                                                                                        Selamat Datang Ke Laman Web Rahsia Taman................ Laman Soalan........Laman ini untuk kegunaan peminat landskap........laman ini bertujuan memberi peluan kepada peminat landskap untuk memberi soalan.....berkaitan dengan landskap.                                                                                                                                            

contatore visite clock for website
  
 

 CARIAN

ANJUNG

PENGENALAN

PRODUK

BLOG

TIP TERKINI

E-MAIL

HUBUNGAN

- Taman

- Guru

- Pelajar

- Peribadi

PERMAINAN

BERITA

BUKU TETAMU

BUAL

FORUM

E-KAD

JADUAL

 

 

 
free hit counter

Bahasa Malaysia   English                                                        RAHSIA TAMAN

SOALAN

 

Laman web soalan memberi peluang kepada peminat landskap untuk menyoal sebarang soalan atau kemuskilan mengenai taman, dan masalah-masalah yang di hadapi .

 

Soalan 1.

Cikgu Nurul : Ingin tahu cara menanam pokok keembung dalam pasu?

Jawapan 1:  Menanam pokok keembung mengunakan biji benih, Mula-mula anda masukkan medium iaitu campuran tanah loam, bahan organik dan pasir dengan nisbah 2:1:1 atau 3:2:1, Masukkan medium  sehingga 2-3 sm sebelum sampai ke paras pasu. Kemudian buat alur pada tanah atau buat lubang dan masukkan biji keembung tadi dan tutup dengan lapisan tanah yang nipis. Selepas itu siram sehingga lembab dan letak ditempat yang teduh

Soalan 2.

Cikgu Nurul : Tips Untuk Tanaman sayur ada tak?

Jawapan 2: Tip untuk tanaman sayur ada sebenarnya tip yang saya berikan boleh digunakan untuk semua tanaman. Satu tip untuk menghalau ulat atau serangga dari memakan daun sayur samaada menggunakan racun serangga atau boleh menggunakan semburan mengunakan semburan air bawang putih campur cili atau boleh guna lebihan air sabun membasuh:      

Soalan 3.  

Syahaq: Di mana nak cari rujukan mengenai tanah landskap?

  Jawapan 3: Rujukan mengenai tanah landskap boleh di dapati

1. Agriculture canada   2. Soil Survey  3. Soil Type 4. Jenis Tanah 5. Soil Management

Soalan 4.  

Azli : Ade contoh air terjun buatan?

  Jawapan 4:  Contoh mengenai air terjun buatan boleh di dapati dalam laman web ini

1. http://watergarden.com/pages/build_wg.html

2. http://www.pond-waterfalls.com/waterfalldesign.htm

3. http://www.californiawaterscapes.com/Waterfall-build.htm

4. http://www.naturalwaterfall.com/waterfall.asp

5. http://www.gardens-and-decor.com/BackyardWaterfalls.htm

6. http://www.creativepondsandlandscapes.com/photogallery.html

Soalan 5.

Umie Sara: Kos untuk 1 jenis simen ferro macam yang gambar cendawan tu berapa ye?

  Jawapan 5:  Kos untuk membuat simenfero cendawan lebih kurang RM9.50

Kos yang terlibat seperti

  • Simen 1 kilo                           RM1.30

  • Pasir   2 baldi kecil                RM2.00

  • Dawai Brc  1/2 meter             RM3.00

  • Cat Putih Emulsi                    RM1.00

  • Cat Coklat emulsi                  RM1.00

  • Dawai halus                            RM0.20

  • Spray clear   (Pengilat)          RM1.00

Kos ini akan dapat dikurangkan lagi sekiranya membeli bahan dalam kuantiti yang besar . Kalau setakat nak buat satu cendawan harga kos nya lebih kurang di atas. Kalau di Sabah Sarawak kosnya lebih kurang RM12.00. Harga jualan Cendawan  lebih kurang RM30.00 ke atas

Soalan 6.  

Fiqboy_ikbn : Macammana nak cari rujukan mengenai landskap?

  Jawapan 6:  Sebagai seorang yang berkecimpung dalam landskap atau belajar. Rujukan yang mesti ada ialah Garis Panduan Landskap Negara Edisi Kedua 2008 dikeluarkan oleh Jabatan Landskap Negara.

Anda boleh juga mencari rujukan melalui

  1. http://www.rahsiataman.com/Taman/buku/buku.html

  2. http://www.rahsiataman.com/Taman/pautan.html

  3. http://www.kpkt.gov.my/jln/main.php

  4. http://www.dawama.com/

Soalan 7.  

Umie_Sara : Ada tak kursus jangka pendek bagi proses pembuatan simen ferro?

  Jawapan 7:  Kursus jangka pendek bagi proses pembuatan simen ferro selalunya dianjurkan oleh Kolej Komuniti, Saudari boleh pergi kursus di sana selalunya kursus ini di buat dalam masa 1 hari sahaja dan yurannya tidak mahal RM10 je. Kolej Komuniti yang berhampiran anda. Pihak Mardi Serdang pun ada juga membuat kursus ini tetapi kalau saudari berhampiran dengan Bidor,Perak boleh je belajar dengan saya, percuma sahaja.

Untuk melihat aktiviti landskap semasa :

  1. Kalendar Aktiviti

Soalan 8.  

Green  : Saya amat minat dengan landskap, saya lepasan SPM tapi tidak tahu macam mana, ada tak Diploma Landskap di mana-mana Kolej dan yang boleh menyambung ijazah?

  Jawapan 8:  Untuk menyambung pelajaran dalam bidang landskap , Bagi lepasan spm boleh memilih untuk mengambil sijil atau diploma sekiranya anda  ingin mengambil sijil landskap anda boleh memohon di Kolej Komuniti, Institut Pertanian, Institut Kemahiran Mara, Institut Kemahiran Belia Negara. Sekiranya hendak mengambil Diploma boleh memohon di Politeknik, Kolej Negeri Sembilan, UITM, Kolej Risda.

Soalan 9.  

Mollyna  : Apa jenis cat yang boleh digunakan dan tahan lama lagi sesuai digunakan untuk batu buatan?

  Jawapan 9:  Dalam memilih cat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan

  • Tahan lama (Excellent durability)

  • Anti kulat (Fungus resistant)

  • Anti lumut (Algae resistant)

  • Tahan kepada semua cuaca (All weather application)

  • Bersih sendiri (Self cleaning)

  • Anti habuk atau kotoran  (Dirt resistant)

  •  Boleh dibasuh (Washable)

Cat yang  sesuai untuk batu buatan mempunyai kriteria di atas. Cat emulsi digunakan untuk batu . Untuk tahan lama selalunya cat emulsi 5 liter yang berharga RM70.00 ke atas, selalunya cat-cat yang berharga mahal ini mempunyai kriteria di atas. Untuk tahan lama pastikan cat yang ada slogan contoh '6 year protection' maksudnya cat ini boleh bertahan selama enam tahun. dan pastikan cat itu ada tulis mengandungi bahan 100% acrylic. Supaya cat boleh bertahan lama anda boleh menyapukan satu lapisan lagi "stone guard" lapisan ini memberi cat anda nampak berkilat dan tahan lama. Harga "stone guard" 5 liter RM70.00 ke atas. Tentang jenama cat pula , apa-apa jenama pun boleh janji kriteria di atas ada.

Soalan 10.  

Iman  : Pokok apa yang sesuai di letak atas meja. Kalau boleh nak letak pokok yang berbunga?

  Jawapan 10:  Pokok yang sesuai di letak atas meja , adalah pokok yang renek dan tahan naungan dan boleh hidup dalam kekurangan cahaya matahari. Selalunya meja diletakkan di tempat yang teduh. Antara pokok  berbunga yang boleh diletakkan di atas meja ialah seperti

  1. Aechmea sp.

  2. Alocasia sp.

  3. Anthurium sp.

  4. Chrysothemis pulchella

  5. Dissotis rotundifolia

  6. Episcia sp.

  7. Guzmania lingulata

  8. Haemanthus multiflorus

  9. Hydrangea macrophylla

  10. Medinilla sp.

  11. Mocostus uniflorus

Untuk mendapat maklumat lanjut seperti gambar pokok sila klik Hiasan Dalam Rumah

 

 

  RAHSIA TAMAN

MOHD FAIZAL

Dip. Pertanian UPM,      Bac.Sc. Perniagaantani UPM  KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu Pahat

Berkhidmat  :                   SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak

Mengajar :                  Landskap & Nurseri     Tingatan 4 & 5

 

 

 

 

 

IKLAN PERCUMA

Rahsia Taman mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin mengiklankan syarikatnya. Ruang khas akan disediakan secara percuma.

 ****************

Individu atau agensi yang ingin menghantar sebarang maklumat tentang kursus /majlis /seminar / taklimat yang berkaitan dengan landskap atau pertanian di alu-alukan

Sila email :          Rahsia Taman

*Catatan*                      Haraf maaf :                  Iklan yang tidak berkaitan dengan landskap atau pertanian akan di tolak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PANAS

Pelbagai Maklumat Tambahan Tentang Pertanian dan Landskap di sini

 

 

 

 

 

 

   CUACA      

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seterusnya

Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com

PENAFIAN

RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.

 

      2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com     Paparan terbaik dlm Internet explorer  (1098x520)      Kemaskini          07/04/2009 11:22:56 PM