topiari2
PediCure
Free Web Page Counters
PediCure

RAHSIATAMAN
                                                                                                                                                                                                                                                                        Selamat Datang Ke Laman Web Rahsia Taman................ Laman Soalan........Laman ini untuk kegunaan peminat landskap........laman ini bertujuan memberi peluan kepada peminat landskap untuk memberi soalan.....berkaitan dengan landskap.                                                                                                                                            

contatore visite clock for website
  
 

 CARIAN

ANJUNG

PENGENALAN

PRODUK

BLOG

TIP TERKINI

E-MAIL

HUBUNGAN

- Taman

- Guru

- Pelajar

- Peribadi

PERMAINAN

BERITA

BUKU TETAMU

BUAL

FORUM

E-KAD

JADUAL

 

 

 
free hit counter

Bahasa Malaysia   English                                                        RAHSIA TAMAN

SOALAN

 

Laman web soalan memberi peluang kepada peminat landskap untuk menyoal sebarang soalan atau kemuskilan mengenai taman, dan masalah-masalah yang di hadapi .

 

Soalan 11.

CT : Bagaimana cara memelihara pokok bunga raya di dalam bandar untuk kekal subur?

Jawapan 11:  Cara memelihara pokok bunga raya agar kekal subur, langkah pertama kita kena mengetahui keperluannya. Pokok bunga raya memerlukan cahaya penuh dan suhu panas, tanah yang gembur dan peroi serta air yang sederhana.

Pemeliharaan pokok ini

1. Siram pokok setiap hari kecuali hujan (Jika kurang air ,daun di bahagian bawah berwarna kuning) (Mungkin untuk menyiram setiap hari di bandar menjadi masalah untuk mengatasi masalah ini samada mengunakan percikan air automatik atau letakkan sabut kelapa sebagai sungkupan lebih kurang sejengkal tebalnya, ini melambatkan tanah cepat kering, dan sabut kelapa dapat menyerap air dengan baik.Sungkupan ini juga dapat mengatasi masalah rumpai).

2.Buang rumpai dan gembur tanah

3. Baja NPK 15:15:15 20g/pokok sebulan sekali  hingga 6 bulan pertama pokok di tanam.

4. Baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 50g/pokok tiga bulan sekali (pada 9 bulan pokok di tanam dan ke atas)

5. Kawal serangga sebulan sekali dengan racun serangga

6. Cantas pokok untuk kawal bentuk dan setiap kali selepas berbunga

Soalan 12.

Ekin : Saya ingin tahu tentang siar kaki dan jenisnya?

Jawapan 12:  Siar kaki adalah laluan pejalan kaki.Siar kaki selalunya  dibina lebarnya mencukupi dua orang berjalan seiring iaitu sekurang-kurangnya satu meter lebar.

Siar kaki boleh dibina mengunakan bahan-bahan di bawah

  1. Rumput (grass)
  2. Pasir (sand)
  3. Batu-batu halus (gravel)
  4. Batu kecil (pebble)
  5. Batu bata (brick)
  6. Kayu (timber)
  7. Granit (granite)
  8. Konkrit (concrete)
  9. Seramik (ceramic tiles),sandstone terrazzo,  slate, limestine
  10. Simen Ferro
  11. Simen dan tar
  12. Batu Sungai

Untuk lebih terperinci  klik Siar Kaki

Soalan 13.

Marliana : Apa ada pada rahsia taman..kongsile sikit cikgu Faizal?

Jawapan 13:  Rahsia Taman dibina pada 8.8.08. Tujuan laman web Rahsia Taman ini diwujudkan adalah untuk menarik minat dan memberi maklumat kepada orang ramai tentang landskap. Bahasa yang digunakan dalam laman web ini menggunakan bahasa mudah supaya pembaca dapat membaca secara santai. Rahsia Taman mengandungi maklumat mengenai tumbuhan landskap, masalah, penyenggaraan, direktori landskap, istilah, aktiviti landskap dan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan landskap.Untuk menjadi cikgu bertaraf antarabangsa "World class teacher" inilah satu caranya, kerana dengan adanya laman web ini dapatlah mengajar orang diserata pelusuk dunia tak kira masa dan tempat.Yang seronoknya saya dapat mengajar berpuluh ribu orang, tak kira tempat dan masa berbanding cikgu yang mengajar puluhan tahun yang hanya dapat mengajar lebih kurang 100 orang setahun. Dengan adanya laman web ini saya dapat menambah dan meningkatkan ilmu landskap saya dengan adanya soalan daripada orang ramai.

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik Pengenalan

Soalan 14.

Marliana : Saya minat bonsai, bagi note leh tak?

Jawapan 14:  Bonsai merupakan pokok yang dibantutkan, lagi lama usianya semakin berharga pokok ini. Untuk mendalami ilmu tentang bonsai perkara paling utama, fahamilah tentang jenis-jenis bongsai,

Jenis-jenis bongsai

  1. Bunjingi

  2. Chokkan

  3. Fukinagashi

  4. Han-kengai

  5. Hokidachi

  6. Ikadabuki

  7. Ishisuki

  8. Kabudachi

  9. Kengai

  10. Moyogi

  11. Seki-joju

  12. Shakkan

  13. Sharimiki

  14. Sokan

  15. Yose-ue

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik Bonsai

Soalan 15.

Yusoff Ali : Saya minat bunga kertas. Ada tanam beberapa jenis. Sekarang nak concerntrate dgn pokok yang ada dan kenalpasti spesis yang saya tanam. nak tambah tidak cukup ruang

 Oleh itu boleh tolong klasifikasikan jenis yang saya ada. Lihat gambar.

                            

Jawapan 15: 

Bunga kertas mempunyai beribu spesis, untuk mengenali spesis, perlu di perhatikan pada warna , saiz, bentuk pada daun, bunga dan batang pokok. Oleh kerana saya tidak dapat melihat warna , saiz, bentuk pada daun, bunga dan batang pokok dengan jelas dan lengkap, Berdasarkan gambar anda, spesis pokok bunga kertas yang dapat saya berikan spesiesnya ialah :

                                                                    

               Bougainvillea cultivar                                        Bougainvillea  glabra

                                                           

               Bougainvillea  raspberry ice / 'Hawaii'               Bougainvillea ratana red

                                                                                      Bunga Kertas rama-rama  merah

 

  RAHSIA TAMAN

MOHD FAIZAL

Dip. Pertanian UPM,      Bac.Sc. Perniagaantani UPM  KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu Pahat

Berkhidmat  :                   SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak

Mengajar :                  Landskap & Nurseri     Tingatan 4 & 5

 

 

 

 

 

IKLAN PERCUMA

Rahsia Taman mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin mengiklankan syarikatnya. Ruang khas akan disediakan secara percuma.

 ****************

Individu atau agensi yang ingin menghantar sebarang maklumat tentang kursus /majlis /seminar / taklimat yang berkaitan dengan landskap atau pertanian di alu-alukan

Sila email :          Rahsia Taman

*Catatan*                      Haraf maaf :                  Iklan yang tidak berkaitan dengan landskap atau pertanian akan di tolak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PANAS

Pelbagai Maklumat Tambahan Tentang Pertanian dan Landskap di sini

 

 

 

 

 

 

   CUACA      

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seterusnya

Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com

PENAFIAN

RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.

 

      2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com     Paparan terbaik dlm Internet explorer  (1098x520)      Kemaskini          20/01/2010 10:08:56 PM