|
|
||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
Laman web soalan memberi peluang kepada peminat landskap untuk menyoal sebarang soalan atau kemuskilan mengenai taman, dan masalah-masalah yang di hadapi .
Soalan 16. Yusoff Ali: Pokok bunga kertas saya yang "ratana red" sukar nak dibuat cantuman dan juga untuk biak..Buat pengetahuan tuan semua yang lain yang saya ada telah dapat biak dan dah buat cantuman.
Puas
saya cuba namun tidak menjadi. Ramai yang nak baka dan saya nak buat
cantuman kerana bunganya yang cantik macam orkid. Harap dapat bantu
Jawapan 16: Pembiakan bunga kertas boleh dilakukan dengan dua cara 1. Keratan batang sederhana keras 2. Tut. Sekiranya mengunakan pembiakan keratan batang pastikan pilih batang sederhana keras iaitu batang yang berada di tengah (lebih kurang 10 cm dari pucuk atau sejengkal dari pucuk ) Buangkan pucuk sepanjang 10cm dan ambil keratan panjang 10-20cm. Buang daun dan tinggal hanya 2-3 helai daun. Potong serong pada pangkalnya dan pastikan letakkan hormon penggalak akar dan semai serta siram. Anda boleh juga mengunakan pembiakan keratan batang keras iaitu keratan yang matang selalunya berwarna coklat (buang semua daun) sapu hormon penggalak akar pada pangkal keratan dan semai serta siram. Sekiranya pembiakan keratan kurang berjaya, boleh mengunakan cara tut, pembiakan cara ini lebih berkesan berbanding keratan batang. Maklumat lanjut klik Pembiakan Tut Cantuman pokok bunga kertas boleh dilakukan dengan mengunakan cantuman baji dan sandingan, sekirannya cantuman baji kurang berjaya, teknik cantuman yang lebih berkesan adalah mengunakan cantuman sandingan. Soalan 17. Alisa: Macamana ek!!, kawasan rumah terlalu panas, pokok apa sesuai untuk di tanam, kawasan tidak luas. Jawapan 17: Ada beberapa cara untuk meredakan suhu yang panas di kawasan rumah anda. anda boleh 1. Menanam pokok yang boleh memberi teduhan . contohnya seperti pokok ceri , pokok Lagerstromia speciosa pokok kayu manis, pokok ficus (kena memangkas kalau tidak jadi besar nanti), 2. Anda boleh menanam pokok jenis memanjat seperti allamanda sp (bunga loceng) biarkan ia merayap di atas pergola, wakaf atau bumbung tempat letak kereta. 3. Buatkan bumbung atap di tempat anda beristirihat di laman 4. Menanam pokok yang mempunyai daun yang padat seperti pokok Eugenia sp. , pokok jejarum, pokok duranta sp. 5. Menanam pokok yang melindungi sinaran cahaya matahari 6. Buatkan kolam ikan yang ada air terjun atau air memancut ke atas Soalan 18. Umie sara: Salam ukhwah. cikgu macam mana tanah tempat tanaman sayuran menjadi tanah organik dan boleh dijual? Jawapan 18: Tanah organik terjadi apabila berlaku proses perubahan kimia dibantu oleh agen bakteria dan haiwan. Tanah yang berwarna coklat menjadi warna hitam disebabkan oleh proses perubahan kimia pada tanah. Tanah tempat tanaman sayuran untuk di jadikan tanah organik, boleh dilakukan dengan cara 1. 1. Mengorek lubang dan menanam sisa sayuran ke dalam lubang tersebut dan timbus biar selama beberapa bulan 2. 2. Boleh juga mengaul tanah dengan sayuran dan biar juga selama beberapa bulan Untuk mempercepatkan proses tanah menjadi organik 1. Hancurkan sayur dan tanah menjadi halus 2. Boleh letakkan cacing tanah 3. Letakkan kapur .Soalan 19. Nani: Macam mana hendak tentukan konsep landskap dengan tujuan asalnya ialah hendak jadikan satu tempat berkomuniti dan berinteraksi.? Jawapan 19: Untuk menentukan konsep landskap 1. Tanya pada pelangan 2. Ketahui prinsip landskap 3. Ketahui jenis Landskap 4. Tengok tapak Soalan 20 Mar: Boleh tolong jelaskan tentang jenis kolam dan jenis mana yang paling popular di Malaysia? Jawapan 20: Jenis-jenis kolam seperti kolam politangki, kanvas, konkrit, tanah, fibreglass, kaca, plastik . Kolam yang paling popular selalunya kolam konkrit kerana ianya tahan lama, murah dan lasak . Soalan 21 Mar: Sepanjang kajian saya, saya dapati ada 3 jenis kolam ini.adakah kolam buatan jenis lain lagi selain dari 3 jenis ini seperti kolam statik,terjun dan pancut? Jawapan 21: Jenis kolam sebenarnya seperti (pond type) 1. Container Water Gardens 2. Flexible Pond Liners 3. Pre-formed Pond Liners 4. Concrete Ponds Pada pandangan saya yang di maksudkan oleh mar adalah mengenai ciri-ciri kolam (Water Garden Features) Ada enam ciri 1. Water garden waterfalls 2. A garden water wheel 3. Water garden fountains 4. Garden pond lighting 5. Garden Pond Bridges 6. Water garden ornaments and sculptures
Ciri lain pula pada pendapat saya…..seperti (Advance for the future) 1. Kolam berasap 2. Kolam berbuih (seperti kolam air panas) 3. Kolam berombak 4. Kolam berwarna (sama ada air berwarna atau bahagian kolam berwarna menjadi corak yang menarik) 5. Kolam ais (ini special sikit di tempat bersalji) 6. Kolam refleksologi (ada tempat pijak refleksologi) 7. Kolam mainan (belon besar, gelunsur, payung air seperti terdapat di Sunway lagoon dan Bukit Merah laketown resort) Untuk lebih lanjut Sila rujuk 1. Selecting Your Water Garden Features 2. Pond Type 3. Pond |
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
IKLAN PERCUMA Rahsia Taman mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin mengiklankan syarikatnya. Ruang khas akan disediakan secara percuma. **************** Individu atau agensi yang ingin menghantar sebarang maklumat tentang kursus /majlis /seminar / taklimat yang berkaitan dengan landskap atau pertanian di alu-alukan
Sila email : Rahsia Taman *Catatan* Haraf maaf : Iklan yang tidak berkaitan dengan landskap atau pertanian akan di tolak
Seterusnya | ||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 20/01/2010 10:08:58 PM | ||||