|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
CARIAN PRODUK HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi BERITA JADUAL
|
Bahasa Malaysia English RAHSIA TAMAN
LAMAN SEJARAH LANDSKAP di sediakan bagi memberi maklumat kepada pengguna tentang sejarah landskap di Malaysia, Bagaimana sejarah landskap itu bermula. Diharapkan dengan ada panduan ini dapatle peminat-peminat landskap mengetahui dan menggunakan sebagai rujukan ilmiah. Saya tahu bukannya mudah untuk mencari buku mengenai sejarah landskap dalam masa segera. Kalau ada pun mahal harganya. Saya hanya memudahkan cara memperolehi maklumat dengan segera diharap dapat digunakan sebaiknya.
SEJARAH
PERKEMBANGAN LANDSKAP Landskap bermula dari zaman batu lagi. Ini berdasarkan bukti penemuan lukisan-lukisan di gua batu oleh ahli sejarah. Ahli kaji purba sering menemui tinggalan bekas minyak wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan kajian. Di dapati bahawa tumbuhan digunakan untuk hiasan dan bau-bauan. Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir abad ke 11 dan 13 merupakan taman tersohor pada masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap bercirikan islam. PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka(abad ke 14dan 15) Berdasarkan pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan kelantan abad ke 16 dikenali dengan (Tanah Serendah Sekebun Bunga). Hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di tanah melayu wujudlah landskap di mana merekalah yang memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang. Peninggalan yang masih wujud hingga kini seperti
Mereka juga membawa tumbuhan eksotik dari negara mereka. Landskap di perkampungan orang melayu pada masa dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi persekitarannya.Mengekalkan keadaan semulajadi, Landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam ialah kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping itu juga kelapa di tanam sebagai menandakan kelahiran anak disayangi. Landskap di Malaysia lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970 an. Dimana pengindahan untuk kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunan-bangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana. Kesedaran timbul untuk mewujudkan banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orang awam. Contohnya
Kini Landskap menjadi cara hidup masyarakat malaysia, undang-undang juga disediakan di mana menetapkan setiap pembangunan yang hendak dibangunkan mesti mempunyai landskap. Peruntukan undang-undang dan garis panduan bagi memastikan penanaman pokok (Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976, Bahagian VA) , penerapan elemen-elemen landskap sebagai pelembut dan penyeri persekitaran (Garis Panduan Landskap Negara 1995) ,Pelaksanaan akta atau undang-undang yang diperuntukan bagi mengekalkan sebahagian daripada pokok besar yang sedia ada di tapak (Bahagian 35A, Akta Perancang Bandar dan Desa,1976) dan Wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai "Negara Taman" pada tahun 2005 Landskap di Malaysia terus berkembang di mana kerajaan telah mewujudkan badan yang bertangungjawab untuk menguruskan landskap seperti
Untuk menambah lagi tenaga mahir mengenai landskap. Kerajaan telah membuat pusat latihan mengenai landskap di mana dengan tujuan untuk menyediakan tenaga mahir dalam bidang landskap. Maka wujudlah kursus atau mata pelajaran landskap. Di Universiti , Institut, Kolej, Politeknik telah mengadakan subjek landskap untuk dipelajari. Antara Pusat Ilmuan yang menyediakan subjek landskap seperti di
Kini telah wujud matapelajaran Landskap di sekolah-sekolah menengah harian biasa . Bermula pada tahun 2002 dimana matapelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah harian biasa iaitu matapelajaran Landskap dan Nurseri untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Sekarang ini bagai cendawan tumbuh di mana sektor swasta turut terlibat dengan tertubuhnya pelbagai syarikat yang memberi khidmat , latihan, nasihat tentang landskap , Kerajaan juga telah mewujudkan
Maka pada hari ini dapatlah kita melihat landskap yang indah-indah berhampiran anda
HARI LANDSKAP NEGARA (3/3/1998)
Hari Landskap Negara telah
mula disambut pada tahun 1998, dan tarikh 3 Mac dipilih bagi sambutan
ini kerana mengambil sempena pelancaran Kempen Menanam Pokok Seluruh
Negara yang diadakan pada 3 Mac 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr. Mahathir bin Mohamad
dan selaras dengan saranan
beliau agar satu hari khas diadakan bagi penduduk menanam pokok demi
untuk mengindahkan negara. Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyambut Hari Landskap Negara sejak
kerajaan mengambil keputusan pada tahun 1998 untuk mengisytiharkan
tarikh 3 Mac setiap tahun sebagai tarikh sambutan Hari Landskap
peringkat kebangsaan untuk menyedarkan dan menyuburkan lagi rasa
tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang
kita warisi. TEMA HARI LANDSKAP & TEKS UCAPAN
Sumber Jabatan Landskap Negara
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN LANDSKAP NEGARA Penubuhan Jabatan Landskap Negara adalah hasil daripada satu evolusi penyediaan perkhidmatan landskap di negara ini yang bermula dengan tertubuhnya Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981. Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 24 Mei 1995 telah memutuskan "supaya diwujudkan sebuah Jabatan yang diketuai oleh seorang pegawai kanan, khusus bertanggungjawab ke atas usaha-usaha untuk melandskapkan seluruh negara. Kementerian Kewangan diminta memberi peruntukan yang mencukupi untuk tujuan ini." Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 November 1995 telah meluluskan penubuhan Jabatan Landskap Negara dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berdasarkan kepada kelulusan peruntukan dan program Jabatan Landskap Negara oleh Unit Perancangan Ekonomi, antara lain Jabatan ini perlu memainkan peranan sebagai agensi kawal selia dan memberi khidmat nasihat yang perlu disokong oleh peraturan dan undang-undang bagi memastikan usaha yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan swasta mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada. Jabatan Landskap Negara telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 1996 Sumber Jabatan landskap negara
|
RAHSIA TAMAN
MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM,
Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu
Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5
Seterusnya | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PENAFIAN RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (1098x520) Kemaskini 06/02/2010 11:53:20 PM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||