|
|
|
|||||||||||||||||||||||||
|
CARIAN LOGIN PASWORD PRODUK TIP TERKINI HUBUNGAN - Taman - Guru - Pelajar - Peribadi
BERITA
|
TEKS UCAPAN HARI LANDSKAP NEGARA 2005
TEKS UCAPAN PENUH :
SEMAK SEBELUM LAFAZ Yang Berharmat Data' Seri Ong Ka Ting Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Yang Berharmat Data' Hjh. Azizah binti Datuk S. P Hj. Mahd Dun Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Y.B. Datuk Rabert Lau Hai Chew Timbalan Menteri.. Perumahan dan Kerajaan T empatan Y.B. Dr. S. Subramaniam Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Berbahagia Data' Lokman Hakim Mahd. Jasan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Yang Berbahagia Datuk Hj. Ruslin Hj. Hassan Datuk Bandar Kuala Lumpur Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Ngah Ketua Pengarah, Jabatan Landskap Negara Yang Berhormat./Yang Berbahagia Dato' Seri/Dato'/Tuan/Puan yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, 1. Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama hadir ke majlis yang ceria ini untuk menjayakan pelancaran Kempen Menanam Bunga Raya sempena Hari Landskap Negara pada pagi ini.
2. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan alam semulajadi dan ia merupakan salah sebuah diantara negara diseluruh dunia yang mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi. Justeru itu, negara kita menjadi tumpuan dunia sebagai pusat rujukan utama alam sekitar kerana alam semulajadinya. Di Forum Biodiversity yang saya hadiri di Paris baru-baru ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk membentangkan program biodiversity yang dilaksanakan oleh negara. Banyak negara lain ingin melihat dan belajar bagaimana kita mengurus dan memelihara sumber alam semula jadi negara kita.
3. Alam semulajadi telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita, dan kita telah di amanahkan untuk menjaga, memelihara serta menggunakannya secara bertanggungjawab. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah juga merupakan salah satu daripada prinsip Islam Hadhari. Kemusnahan alam semulajadi melalui kegiatan yang tidak terancang akan mengakibatkan malapetaka atau bencana yang mengakibatkan kerugian harta benda dan kadangkala mengorbankan nyawa. Bencana seumpama ini sering berlaku di negara kita seperti tragedi Highland Towers, tragedi Bukit Lanjan, banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Dan baru-baru ini kita dikejutkan dengan 'tsunami' yang meragut puluhan ribu nyawa manusia di beberapa negara termasuklah negara kita.
4. Setiap bencana memberi pengajaran. Dengan itu, kita perlu mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa 'tsunami' yang berlaku pada 26 Disember 2004. Umpamanya melalui peristiwa tersebut, kita dapati pokok bakau yang terdapat disesetengah persisiran pantai yang dilanda bencana tsunami dapat menghalang daripada berlaku kemusnahan yang teruk. Ini menunjukkan betapa pentingnya memelihara dan memulihara hutan paya seperti bakau di negara ini samalah juga dengan pemuliharaan hutan dan kawasan-kawasan semula jadi yang lain.
5. Penekanan yang diberikan kepada pemeliharaan alam sekitar ini tidaklah bererti kita tidak boleh meneruskan projek-projek pembangunan kita. Apa yang perlu ialah kita harus mengamalkan pembangunan yang terancang yang menitikberatkan alam sekitar dan kesan pembangunan kepada alam sekitar. Sekurang-kurangnya kita perlu memulih kembali kerosakan yang berlaku dengan menanam pokok-pokok yang telah di musnahkan atau pun dengan program-program landskap yang dapat menyumbang pemulihan ekologi dan kesejahteraan masyarakat.
6. Sejak negara mencapai kemerdekaan, arus pembangunan fizikal di Malaysia telah berkembang dengan pesat dan memberi implikasi yang besar kepada perubahan landskap negara. Kawasan luar Bandar telah berubah kepada bandar. Proses perbandaran sedang dan akan terus berlaku. Pertumbuhan pusat bandar telah meningkat dari 67 buah bandar pada tahun 1980 kepada 129 bandar pada tahun 1991 dan pad a tahun ini sejumlah 144 PST telah wujud yang terdiri daripada 7 bertaraf bandaraya, 33 bertaraf perbandaran dan 104 bertaraf daerah. Oengan perkembangan ini adalah dijangka hampir 60% dari keluasan negara akan diklasifikasikan sebagai kawasan bandar menjelang tahun 2020. Dalam konteks ini apakah peranan kita sebagai rakyat biasa dan apakah peranan landskap dalam menyokong program pembangunan negara.
Hadirin yang dihormati sekelian,
7. Kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah menjelang tahun 2020 selari dengan wawasan negara maju atau wawasan 2020. Penyataan ini bukanlah slogan semata-mata, tetapi harus disusuli dengan penggubalan dasar yang berkaitan dan dilaksanakan dengan berkesan. Kita sedia maklum, keindahan dan kebersihan adalah tuntutan semua agama. Dalam satu hadis dinyatakan 'AlIah itu indah dan Allah sukakan keindahan" dan "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman". Berpaksikan kepada inilah kita harus mewujudkan persekitaran hidup yang indah, bersih dan selamat bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan produktif yang boleh menyumbang secara positif kepada pembangunan negara.
8. Pada pandangan saya, wawasan negara taman terindah juga bermakna aspek landskap perlu diambil kira di dalam semua aspek pembangunan fizikal negara. Keseimbangan di antara pemeliharaan kawasan semula jadi dan kawasan pembangunan harus diberi perhatian. Amalan memotong bukit-bukit, pokok-pokok, menutup laluan air dan memusnahkan habitat setempat adalah amalan sia-sia. Kita mungkin selamat dari ancaman alam dalam jangka masa pendek tetapi percayalah kuasa alam akan bertindak balas tanpa perlu memberi amaran di atas apa jua kerosakan alam yang telah kita lakukan. Saya ingin menyeru agar kita semua lapisan masyarakat menjadi khalifah di muka bumi ini dengan penuh tanggungjawab.
9. Melalui program negara taman ini juga saya berharap kita dapat melahirkan semula kecemerlangan dan ketamaddunan negara Islam. Tidak mustahil bagi kita mencipta nama seperti "Hanging Garden of Babylon", "Alhambru aam "Andalusia" sebagai dorongan untuk kita maju. Kecemerlangan ini harus didokong oleh pembangunan insan yang bertamaddun. Mereka inilah yang akan mencorakkan pembangunan negara.
10. Dalam hubungan ini usaha Jabatan Landskap Negara mewujudkan banyak taman-taman awam seluruh negara patut dipuji. Saya berharap taman-taman awam tersebut diselenggara dengan baik oleh PST terlibat supaya kecantikkan dan fungsi taman dapat di kekalkan. Tahniah juga kepada Jabatan Landskap Negara diatas daya usaha untuk menerbit buku "Public Spaces People Places: Quest for a garden Nation". Saya percaya buku seperti ini sangat berguna sebagai rujukan kita dan generasi akan datang.
Para hadirin yang saya hormati sekelian,
11. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara Malaysia mempunyai banyak kawasan yang diliputi oleh hutan rimba yang luas. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak perlu lagi menanam pokok-pokok kerana kita juga percaya bahawa setiap hari ada sahaja pokok yang ditebang untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk membuat lebuhraya, perumahan, kilang, sekolah, ladang dan sebagainya. Memang ini semua perlu kita buat demi untuk pembangunan ekonomi negara dan untuk pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat. Namun demikian kita tidak seharusnya memandang remeh untuk mengantikan pokok yang telah kita musnahkan dengan pokok-pokok baru yang di tanam secara terancang supaya kita dapat kekalkan alam semula jadi kita, Walaupun penanaman pokok-pokok baru ini tidak akan sama seperti sediakala sekurang-kurangnya pokok-pokok yang ditanam dapat mengembalikan keadaan semulajadi dan mengurangkan kesan daripada aktiviti pembangunan yang dilaksanakan.
12. Oleh yang demikian usaha murni seperti program kempen menanam pokok yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sepertimana yang di sebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi mesti diteruskan dan perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat, pihak swasta dan agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Saya ingin melihat satu bentuk program besar-besaran diadakan dalam masa terdekat ini untuk kita menanam pokok di seluruh negara supaya sasaran kita untuk menanam 20 juta pokok menjelang 2020 tercapai.
13. Dalam melaksanakan kempen ini saya ingin melihat lebih ramai murid sekolah dan pelajar terlibat secara langsung. Mereka hendaklah didedahkan dengan kepentingan pokok kepada alam sekitar dan kehidupan. Tiada yang lebih baik untuk kita menerapkan nilai-nilai cintakan alam semula jadi kalau tidak bermula daripada kanak-kanaK di sekolah-sekolah.
14. Disamping itu saya juga ingin menyarankan supaya syarikat-syarikat swasta tampil kehadapan untuk sama-sama terlibat menjayakan kempen ini. Angaplah ia sebagai sumbangan dan kerja amal kepada negara. Mungkin kita boleh fikirkan untuk memberi insentif yang bersesuaian kepada syarikat yang terlibat dengan program menanam pokok secara aktif. Selain daripada kawasan pembangunan, kawasan sensitif alam sekitar seperti paya bakau harus juga dijadikan agenda kempen menanam pokok seluruh negara. Kita boleh taman pokok secara berkelompok , kita boleh gunakan kawasan-kawasan tanah terbiar dan kawasan lombong-lombong tinggal bagi tujuan penanaman pokok secara berkelompok dan pada masa yang sama ia dapat membaikpulih tanah-tanah tersebut supaya menjadi lebih produktif dan berguna.
Hadirin sekelian,
15. Satu perkara lain yang ingin saya tekankan pada hari ini ialah mengenai bunga raya. Bunga raya telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan sejak 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Warna merah pula bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini.
16. Apa yang dapat saya perhatikan minat serta penanaman bunga raya tidak begitu menyeluruh. Untuk meningkatan semula kesedaran, kefahaman dan menanamkan sifat kecintaan dan kebanggaan kita kepada bunga kebangsaan, maka kempen menanam bunga raya yang kita lancarkan hari ini perlulah diadakan. Bersesuaian dengan tema kempen iaitu "Bunga Raya Semarak Negara", Kempen ini juga diharapkan akan memupuk semangat perpaduan yang kukuh didalam diri rakyat Malaysia disamping menghayati maksud tersirat disebalik bunga raya sebagai bunga kebangsaan negara. Kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan penanaman bunga raya secara
|
|||||||||||||||||||||||||
| 2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com Paparan terbaik dlm Internet explorer (640x480) Kemaskini 04/09/2008 11:54:58 PM | ||||||||||||||||||||||||||