topiari2

RAHSIATAMAN
                                                                                                                                                                                                                                                                        Selamat Datang Ke Laman Web Rahsia Taman............Laman Sejarah.............Teks ucapan 2006.............                                                                                                                                            

 CARIAN

LOGIN

PASWORD

ANJUNG

PENGENALAN

PRODUK

BLOG

TIP TERKINI

E-MAIL

HUBUNGAN

- Taman

- Guru

- Pelajar

- Peribadi

 

PERMAINAN

BERITA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rahsia Taman

TEKS UCAPAN

HARI LANDSKAP NEGARA 2006

 

PENYAMPAI
:
MENTERI KATEGORI : UCAPAN PERASMIAN
TARIKH
:
04-Mar-2006 HARI : Sabtu
MAJLIS
:
HARI LANDSKAP NEGARA TAHUN 2006
TEMPAT
:
TAMAN TASIK CEMPAKA, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
ISU
:
LANDSKAP NEGARA


TEKS UCAPAN PENUH :
 


Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Osman
Ketua Setiausaha Negara
Merangkap Presiden Perbadanan Putrajaya,

YB. Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

YB. Dato’ Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

YB. Dr. S. Subramaniam
Setiausaha Parlimen
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad Ismail
Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Datin,


Y.Bhg. Dato’ Haji Ismail Bin Ngah
Ketua Pengarah, Jabatan Landskap Negara dan Toh Puan,

Y.Bhg. Tuan Haji Zainal bin Abidin
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang,

Exco-exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat,

Tuan-tuan dan puan –puan sekalian,

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Landskap Negara yang telah menjemput saya bagi merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara bagi tahun 2006. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Landskap Negara kerana berjaya menganjurkan sambutan Hari Landskap Negara untuk kali ini. Sejak kerajaan mengambil keputusan untuk mengisytiharkan tarikh 3hb Mac setiap tahun sebagai tarikh sambutan Hari Landskap peringkat kebangsaan, Hari Landskap telah menjadi satu tanda kesungguhan dan komitmen kita bersama untuk memastikan pembangunan landskap di negara kita dapat mencapai satu tahap yang lebih tinggi. Saya juga amat yakin sambutan seperti ini berupaya menggerakkan penglibatan semua lapisan masyarakat kearah menjadikan Malaysia sebuah Negara Taman Terindah Menjelang 2020 seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.


Bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor amnya dan Majlis Perbandaran Kajang khasnya, kerana sudi menerima kunjungan kami dan seterusnya menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Landskap Negara tahun ini. Pemilihan Taman Tasik Cempaka sebagai tapak sambutan merupakan satu pemilihan tepat memandangkan kita sedang memberi tumpuan terhadap kawasan lapang bagi tujuan pembangunan taman-taman untuk kegunaan masyarakat. Untuk pengetahuan semua, Taman Tasik Cempaka merupakan salah satu daripada taman awam yang telah dibangunkan oleh Jabatan Landskap Negara.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tema sambutan yang dipilih untuk Hari Landskap tahun ini adalah Bangsa Berbudaya Landskap Dipelihara. Pemilihan tema ini sangat bertepatan dengan usaha kita untuk memastikan apa yang kita ada atau bina diselenggara dengan sempurna. Ini termasuklah bangunan-bangunan, infrastruktur, kemudahan-kemudahan awam dan pelbagai lagi. Dalam konteks landskap ia termasuk semua entiti dan elemen landskap seperti taman-taman awam, kawasan-kawasan hijau, sumber-sumber landskap semulajadi, tumbuh-tumbuhan, punca dan aliran air, pemandangan, kemudahan rekreasi dan pelbagai lagi. Jika kita renungkan dengan fikiran yang terbuka, saya pasti kita akan melihat betapa besar faedah dan sumbangan yang dapat kita manafaatkan dari sumber-sumber dan entiti tersebut. Oleh itu adalah sangat wajar kita menghargai dan menyelenggarakan taman awam dengan baik agar kebaikan yang kita perolehi dapat dikekalkan dan diwariskan kepada generasi Malaysia pada masa akan datang.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Salah satu entiti landskap yang rapat dengan kita pada hari ini, terutamanya kepada mereka di bandar-bandar adalah taman awam. Kita semua maklum bahawa apabila disebut sahaja taman-taman awam atau public park, imej pertama yang muncul di minda kita ialah sebuah kawasan lapang yang menghijau, indah dan selesa, dilengkapi dengan kemudahan untuk riadah serta kawasan permainan kanak-kanak dan pelbagai lagi. Namun ia bukan sekadar kawasan tumpuan umum untuk beriadah bersama keluarga mahupun teman tetapi merupakan sebuah kawasan dengan penataan landskap taman yang menarik, indah, kemas, informatif, serta lengkap dengan kemudahan terbaik yang mesra pengguna.

Dalam hubungan ini , kita hendaklah memastikan supaya taman-taman awam yang disediakan menepati piawaian perancangan kawasan lapang dan kemudahan rekreasi yang kita gunakan. Saya suka melihat supaya semua pihak, samada pihak persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan memastikan taman-taman awam yang disediakan mematuhi piawaian tersebut dari peringkat perancangan lagi. Salah satu aspek piawaian taman awam yang penting ialah bilangan dan keluasan taman-taman awam yang mencukupi untuk menampung keperluan seluruh anggota masyarakat di sesuatu tempat.

Tuan-tuan dan Puan –puan sekalian,

Pelaburan yang dibuat oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam taman-taman awam ini hendaklah digunakan dengan penuh berhemah dan sentiasa dihargai oleh semua pihak. Dalam usaha menyediakan keperluan gaya hidup yang sihat serta persekitaran yang cantik dan harmoni, orang ramai perlu bersama–sama menanam sikap positif terhadap kemudahan riadah dan rekreasi yang disediakan di taman-taman awam. Kita harus sedar bahawa kos kerja-kerja pembangunan taman awam dan penyelenggaraan datangnya dari wang kerajaan, yang juga merupakan wang pembayar cukai, yang harus dimanfaatkan demi kesejahteraan kita bersama.

Marilah kita menanamkan di dalam diri kita kesedaran hak milik bersama dan tanggungjawab bersama ini. Bersama-samalah kita menjaga taman awam yang turut menjadi kepentingan bersama kita. Dalam pada itu, saya juga ingin menyeru agar pihak-pihak swasta dapat memainkan peranan yang lebih dalam pemeliharaan taman-taman awam dalam memberi kerjasama yang rapat kepada Kementerian serta memberi sumbangan kepada PBT dalam penyelenggaraan taman-taman awam.



Dato-dato, Tuan-tuan dan Puan –puan sekalian,

Mengikut tinjauan dan makluman yang saya terima, Taman Tasik Cempaka di Bangi ini merupakan tempat tumpuan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, pelajar IPT yang berdekatan seperti UKM, IKRAM, UNITEN dan MMU serta NGO dan penduduk setempat. Saya difahamkan Jabatan Landskap Negara memang mempunyai rancangan untuk membangunkan Fasa III, Taman ini. Saya percaya taman ini masih mempunyai potensi untuk diperkembangkan atau dimajukan bagi menyediakan kemudahan rekreasi awam yang lebih lengkap serta bertaraf taman bandar kepada penduduk setempat. Ke arah itu, saya ingin mencadangkan supaya Jabatan Landskap Negara meneliti dan mengkaji kesesuaian konsep community gardening dalam perancangan dan pembangunan Taman Tasik Cempaka ini dan juga taman-taman lain yang akan dibangunkan.

Saya juga ingin meminta Jabatan Landskap Negara supaya memikir cara yang terbaik untuk melibatkan masyarakat sekeliling dalam aktiviti-aktiviti penanaman bahan makanan yang bukan semata-mata untuk tujuan ekonomi tetapi lebih kepada aktiviti riadah dan rekreasi. Saranan saya ini adalah sebagai langkah sokongan dan tindakan dalam membantu program Kempen Buku Hijau yang telah di lancarkan oleh YAB Perdana Menteri.


Hadirin yang saya hormati sekalian,

Selain daripada mewujudkan taman-taman awam yang dibangunkan oleh kerajaan, pihak PBT, masyarakat umum dan NGO adalah digalakkan untuk menanam pokok utama dan pokok bunga raya di kawasan yang sesuai. Ini bertujuan bagi mengindahkan lagi kawasan persekitaran dan juga memperbanyakkan lagi kawasan-kawasan hijau di seluruh negara. Kerajaan melalui Jabatan Landskap Negara telah melancarkan Kempen Tanam Pokok pada tahun 1997. Bagi tempoh RMK8 ( 2001-2005) sehingga kini kita telah menanam sebanyak 4.047 juta batang pokok, iaitu melebihi daripada sasaran kita iaitu 3.5 juta batang pokok. Selain daripada itu, di bawah Kempen Menanam Pokok Bunga Raya yang dimulakan pada tahun 2005 pula kita juga telah berjaya menanam sebanyak 570,066 pokok bunga raya di seluruh negara. Pencapaian kedua-dua kempen ini adalah sungguh membanggakan. Saya berharap usaha dan kerjasama ini harus dipertingkatkan lagi supaya keputusan yang lebih memberangsangkan dapat dicapai pada tahun-tahun akan datang. Di sini saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kempen Tanam Pokok dan Bunga Raya terutamanya semua kerajaan negeri dan wilayah persekutuan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, TPPG, OISCA dan AEON. Untuk makluman hadirin sekalian, dalam tempoh RMK9, kerajaan juga telah menetapkan sasaran 4 juta pokok dan 5 juta pokok bunga raya ditanam di seluruh negara sebagai usaha memperhebatkan lagi kedua-dua kempen itu.

Tuan-tuan dan Puan –puan sekalian,

Satu acara kemuncak Hari Landskap Negara ialah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan landskap. Saya difahamkan bahawa pertandingan ini adalah di antara juara-juara pertandingan landskap peringkat kebangsaan dari tahun 2000 hingga 2004. Saya amat yakin melalui pertandingan landskap yang diadakan pada setiap setahun, kita dapat mengukur minat dan impak orang ramai terhadap fungsi dan keperluan landskap diri mereka. Ia juga mencerminkan kesungguhan pemenang untuk mengekalkan prestasi melalui amalan pemeliharaan dan penjagaan landskap yang dijadikan amalan hidup seharian. Walaubagaimana pun, bagi tahun-tahun akan datang saya ingin mencadangkan agar pertandingan ini dikaji semula dengan memperluaskan lagi skop pertandingan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan di peringkat komuniti seperti keseluruhan PBT, kawasan-kawasan perumahan, kompleks-kompleks pelancongan dan sebagainya.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Sebagai langkah untuk mempromosikan taman dan minat masyarakat terhadap landskap, saya juga ingin memaklumkan di sini bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara telah merancang untuk mengadakan satu Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia ( LAMAN 2006 ) yang akan diadakan pada 6 hingga 16 Julai 2006 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Festival yang sama yang diadakan pada tahun 2004 telah berjaya menarik lebih kurang 140,000 orang. Saya percaya LAMAN2006 akan mendapat kejayaan yang lebih besar dengan sasaran pelawat dianggarkan berjumlah 500,000. Saya ingin menyeru agar Kerajaan Negeri, PBT, pemaju dan pihak swasta mengambil bahagian aktif sebagai peserta dalam LAMAN2006 yang dianggap sebagai festival landskap yang berprestij di rantau ini.

Tuan-tuan dan Puan –puan sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Landskap Negara di atas daya usaha untuk menjayakan sambutan Hari Landskap Negara. Saya berkeyakinan sambutan sebegini akan memberi manfaat kepada semua. Tema “ Bangsa Berbudaya Landskap Dipelihara ” tahun ini perlu kita hayati bersama-sama dan usahakan bersungguh-sungguh untuk membuktikan bukan sahaja kepada orang lain, tetapi yang lebih penting lagi, kepada diri kita sendiri bahawa kita adalah insan dan bangsa yang mempunyai budaya kehidupan yang baik dan tinggi serta bersedia untuk menghargai dan menjaga landskap yang mencorakan persekitaran kita.

Dengan kata-kata itu, saya dengan ini merasmikan Hari Landskap Negara 2006 pada pagi ini. .

Sekian. Terima Kasih.
 

 


 
      2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com         Paparan terbaik dlm Internet explorer   (640x480)       Kemaskini          04/09/2008 11:47:28 PM